Tuesday, 25 November 2014

Mitos atau Realiti, Makan Nasi Boleh Kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.

Saya doakan anda dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya sekarang ini, sedang menjalani program untuk kurus secara berperingkat dengan bantuan personal coach kurus saya, Mohd Firdaus bin Mat Saad. Beliau yang sudah terbukti berjaya menguruskan badan dengan menggunakan method khas yang beliau amalkan.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda info tentang NASI.


Nak diet atau nak kurus kena makan nasi!

Sungguh sarkastik entri berkaitan nasi di blog SusuSejat dot Com. Saya sharekan sikit ya:
Pelayan (Mamak): Nasi bos? Nasi.. mau nasi ka?
Pian Lembah Keramat: Tak mau la macha.. aku dah gemuk ni.
Pelayan (Mamak): Saya nasi pun ada makan, badan ok juga.
Pian Lembah Keramat: Ko lain la chaa.. kerja hari-hari teruk macam separuh mampus. Ketiak pun dah busuk hangit pasal makan bawang banyak sangat.
Pelayan (Mamak): Tapi saya makan nasi pun ada banyak apa, ini macam punya banyak (buat isyarat meladung seperti bukit)
Pian Lembah Keramat: Dah dah, bagi aku teh tarik, dengan roti telur, kuah BANJIR. Nasi tak mau, nak DIET.
Susu Sejat: Aku amat berharap orang seperti Pian Lembah Keramat dapat baca blog aku. Bagi insaf sikit. Kesian, masih diperbodohkan oleh mitos.
Namun mesejnya tetap ada. Anda nak kena makan nasi untuk diet seimbang.

Piramid Makanan

Perhatikan di mana kedudukan nasi dalam rajah Piramid Makanan di atas. Nasi berada pada ruang paling besar sebaris dengan mee, roti, bijirin, dan ubi.

Kenapa perlu makan nasi?

Saya pasti anda semua pun fikir kalau say no to rice kita boleh kurus. Saya pun fikir macam tu juga suatu ketika dulu.

Namun, kini saya faham, ilmu saya cetek bab-bab pemakanan untuk kesihatan. Nasi memang perlu dalam kesihatan.

Antara sumber karbohidrat (ialah nasi), sumber protein (ialah lauk seperti ayam,ikan dan daging), dan sumber alkaline (ialah sayur-sayuran). Ketiga-tiga sumber ini saling diperlukan dalam diet harian kita.

Badan kita perlukan protein untuk pembesaran dan penghasilan semula sel-sel dan otot-otot yang rosak akibat aktiviti harian. Bagaimanapun, dalam proses pencernaan, protein paling lambat cerna. Bagi mempercepatkan pembakaran protein, tubuh kita perlukan karbohidrat. Kerana karbohidrat senang diperoses kepada tenaga dan haba. Namun, pengambilan protein menghasilkan asid dalam badan akibat tindak balas proses penukaran protein untuk pembesaran. Untuk meneutralkan asid tersebut, badan kita perlukan sayur-sayuran kerana ianya bersifat alkaline.

Kalau anda betul-betul nak diet, amalkan la pemakanan yang seimbang. Cukup nutrisi untuk keperluan kita seharian.

Nasihat oleh salah seorang kawan saya:
"Kita makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan."

Belajar kira kalori masuk (pemakanan) dan kalori keluar dari badan.

Terima kasih kepada Sifu Firdaus kerana berkongsikan blog SusuSejat dot Com untuk tatapan ilmiah saya bagi membantu saya faham tentang diet seimbang dan cara untuk kuruskan badan. 

Bagaimanapun, ilmu tanpa mentor bagaikan bagi budak kecik buku ABC tanpa guru untuk ajarnya yang mana satu 'A', 'B', 'C', sampai 'Z'. 
Nak tahu siapa mentor saya?
Mentor saya siapa lagi, mestilah Sifu Firdaus.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.


0 comments:

Post a Comment